850 tan sampah hanyut di Sungai Klang setiap bulan
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam negeri, Izham Hashim berkata, jumlah kutipan semasa sampah kini dianggarkan kira-kira 850 tan sebulan berbanding 1,500 tan hingga 2,000 tan pada awal operasi pembersihan itu.
Bagi mencapai sasaran itu katanya, empat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memasang perangkap sampah (log boom) di laluan sungai di bawah kawasan pentadbiran mereka.
“Kerajaan negeri hendak kurangkan (kutipan sampah di Sungai Klang) kepada 500 tan setiap bulan, caranya kita bekerjasama dengan empat PBT supaya mereka dapat memasang ‘log boom’ sebelum sampah masuk ke Sungai Klang.
“Log boom yang akan dipasang oleh empat PBT ini bagi membolehkan kutipan sampah dibuat lebih awal sebelum masuk ke Sungai Klang.