Selangor sasar pelaburan komersial RM1 bilion
Selangor menyasar pelaburan komersial berjumlah RM1 bilion menerusi projek pembangunan Gerbang Maritim Selangor (SMG), terutama membabitkan projek pembangunan Sungai Klang menjelang 2030.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata Sungai Klang dan kawasan tebingnya mempunyai potensi besar yang boleh membuka pelbagai peluang bernilai tinggi kepada pelabur dan usahawan.
Katanya, kerajaan negeri sedang berunding dengan beberapa pihak bagi melaksanakan aktiviti ke arah memacu usaha menghidupkan semula Sungai Klang.