SMG jana pelaburan RM1 bilion menjelang 2030
Kerajaan Negeri menjangkakan projek pembangunan Gerbang Maritim Selangor (SMG) di Sungai Klang mampu memperoleh pelaburan berjumlah RM1 bilion menjelang 2030. Kawasan berpotensi untuk dibangunkan telah dikenal pasti di Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari hulu iaitu Mid Valley hingga ke muara sungai di Pelabuhan Klang.