Kualiti bekalan air Selangor ikut piawaian Kementerian Kesihatan, WHO
Kualiti bekalan air bersih dan terawat di Selangor mengikuti piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim berkata, pihaknya memahami kebimbangan pengguna mengenai isu air mentah dari Sungai Klang yang dirawat bagi Skim Bekalan Air Rasau.
Katanya, kerajaan negeri sudah dimaklumkan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mengenai sistem yang digunakan untuk merawat air tersebut.
(by Utusan Malaysia)