Taman biofilia tarikan terbaru Klang
Bandar Diraja Klang bakal memiliki tarikan baru buat pencinta alam apabila taman paya bakau berkonsepkan biofilia akan dibuka tahun hadapan.
Taman paya bakau dikenali sebagai Mangrove Point dengan keluasan kira-kira 28.33 hektar (70 ekar) itu terletak berhampiran Royal Selangor Yacht Club di Pelabuhan Klang.
Mangrove Point cukup unik kerana ia adalah taman pertama di Malaysia direka berdasarkan konsep biofilia, yang memperlihatkan jalinan hubungan antara manusia dan alam semula jadi.
Malah pengunjung juga berpeluang memancing, bersiar-siar, berkhemah dan menaiki teksi sungai untuk ke taman apabila jeti siap dibina kelak.