Lima syarikat gergasi jayakan projek SMG – SelangorTV
Kerajaan Negeri melalui Landasan Lumayan Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan lima syarikat gergasi menjayakan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG). Syarikat berkenaan adalah Nestle, Berjaya Land Berhad, Westports, The Ocean Cleanup dan Dutch Lady. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, kolaborasi itu mampu merealisasikan hasrat Selangor untuk melestarikan Sungai Klang.