Empat PBT pasang perangkap sampah, kurangkan kutipan sisa dari Sungai Klang
Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini akan memasang perangkap sampah (log boom) di sepanjang laluan Sungai Klang bagi mengurangkan kutipan sisa kepada 500 tan metrik sebulan tahun ini berbanding 850 tan metrik pada 2021.
EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata projek pemasangan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan lagi.
Ir Izham Hashim menjelaskan perkara itu sudah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Perundingan Gerbang Maritim Selangor (SMG) baru-baru ini, namun menunggu dimuktamadkan PBT berkaitan.