Belanjawan 2020 Selangor, penanda aras menuju negeri pintar – Amirudin
Belanjawan Selangor 2020 yang akan dibentangkan Jumaat ini, disifatkan bakal menjadi penanda aras kepada mencapai matlamat Selangor sebagai negeri pintar menjelang 2025.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata ini kerana belanjawan itu akan menumpukan lima perkara utama iaitu pemberdayaan ekonomi, pendidikan, keselamatan, kesihatan dan aspek sosial yang dilihat memenuhi kehendak rakyat.
“Sudah pasti sebagai kerajaan negeri kita mempunyai misi dan visi sebab itu saya sebutkan lima perkara penting (untuk belanjawan 2020), sebelum kita menuju negeri pintar dalam tempoh lima tahun lagi.