Destinasi pelancongan marin terbaharu Klang
BANDAR Klang. Selangor kini mempunyai destinasi pelancongan baharu untuk pencinta alam semula jadi di kawasan perairan.
Orang ramai kini boleh menikmati pemandangan dan keindahan hutan paya bakau yang subur di Taman Mangrove Point, Pelabuhan Klang.
Menurut Pegawai Khidmat Korporat (Komunikasi) Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB), Suhailah Shamsudin, setakat ini, seramai 2,000 individu direkodkan mengunjungi taman yang dibuka kepada umum sejak Mac tahun lalu itu.