Kualiti bekalan air Selangor ikut piawaian KKM, WHO
Kualiti bekalan air bersih dan terawat di Selangor mengikuti piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, pihaknya memahami kebimbangan pengguna mengenai isu air mentah dari Sungai Klang yang dirawat bagi Skim Bekalan Air Rasau.