Pecah Rekod! Lebih 1 Tan Ikan ‘Bandaraya’ Ditangkap di Sungai Damansara!
Pecah Rekod! Lebih 1 Tan Ikan ‘Bandaraya’ Ditangkap di Sungai Damansara!
Dalam tempoh hanya dua jam, lebih 1,142kg ikan pleco atau lebih dikenali sebagai ‘ikan bandaraya’ berjaya ditangkap di Sungai Damansara, Subang. Pertandingan yang dianjurkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated dan Landasan Lumayan Sdn Bhd ini merupakan satu langkah besar dalam usaha mengawal spesis invasif ini.
Dengan kerjasama Universiti Malaya, Universiti Selangor, dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, program ini bukan sahaja berjaya menangkap pleco dalam jumlah besar, tetapi juga menyumbang kepada inisiatif untuk menjadikan ikan ini sebagai baja dan makanan ikan.
Mulai bulan depan, kerajaan akan menawarkan ganjaran RM1 untuk setiap kilo ikan pleco yang ditangkap!
Mari bersama-sama menyokong usaha ini untuk melindungi ekosistem sungai kita dan meningkatkan kesedaran tentang ancaman spesis invasif.
#SungaiDamansara #InvasifSpesies #Biodiversiti #KPIB #KomunitiPemburuIkanBandaraya #Pleco #PeliharaSgKlang #SMG #LLSB #SgKlang #KlangRiver