Tarikan pelancongan Taman Pengkalan Batu bakal dibuka
Pelbagai aktiviti pelancongan akan dibangunkan bagi menarik kedatangan pelancong ke Taman Pengkalan Batu, Klang seiring projek pembangunan Gerbang Maritim Selangor (SMG). Ia meliputi perkhidmatan teksi air, rumah bot serta aktiviti sukan ‘flying fox’. Selain itu, SMG juga akan memperkenalkan ladang urban organik di persisir sungai sebagai projek rintis membantu usahawan agro Selangor dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah (B40).