skip to Main Content

Pengenalan

Zon Pembangunan Ekonomi SMG (ZPE SMG) adalah sebahagian daripada inisiatif Selangor Maritime Gateway (SMG). Ia bakal menjadi koridor pelaburan pertama di Malaysia yang mengiktiraf sungai sebagai penjana ekonomi yang berpotensi.

ZPE SMG merupakan projek utama di bawah Rancangan selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Selangor dengan memanfaatkan laluan air ini yang juga lokasi dua pelabuhan utama – Westports dan Northport.

Zon baharu ini meliputi lebih 27,900 hektar tanah dari Mid Valley di Kuala Lumpur hingga ke muara sungai dan pulau-pulau berdekatan Pelabuhan Klang.

zon-pembangunan-ekonomi-smg

Bermula dari Mid Valley di Kuala Lumpur sehingga ke muara sungai dan pulau-pulau berdekatan Pelabuhan Klang.

Matlamat Strategik

Menangani lima cabaran utama yang dihadapi oleh Sungai Klang iaitu pencemaran sungai, potensi pembangunan tanah yang tidak diteroka, banjir, bekalan air ke lokasi strategik dan kesalinghubungan telekomunikasi.

Menigkatkan usaha pemiliharaan
alam sekitar.

Penciptaan kehidupan yang lestari dan perumahan mampu milik rakyat.

Penciptaan peluang pekerjaan dan pendapatan baharu.

Projek Berimpak Tinggi di Bawah ZPE SMG

projek-berimpak-tinggi zpe smg
Back To Top